Saturday, 8 October 2016

Formal Wanita



Terdapat 7 perkara yang perlu diberi perhatian dalam menajga penampilan untuk pergi menghadiri sesi temuduga.

  • Baju kurung adalah pakaian yang PALING sesuai untuk temuduga di Malaysia. Bukan sahaja baju kurung baju kebangsaan, malah, baju kurung menutup aurat, tak longgar dan nampak professional. Tak kisahlah kalau anda bukan berbangsa Melayu. Yang penting, anda orang Malaysia. Bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. Tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. Jangan pakai shawl! Pemakaian shawl adalah tak berapa formal sebab kainnya yang jarang. Lagi satu, pakai tudung yang tak bercorak. Janganlah pakai tudung yang bunga-bunga atau polka dot. Nampak tak professional.
  • Warna? Definitely, warna yang tidak terlalu menonjol. Antara warna yang sesuai ialah ungu gelapputih,biru,coklat,kelabu,dan hijau gelap. Elakan warna merah, kuning, oren, merah jambu. Jikan anda hendak juga mengenakan warna tersebut, pastikan warna tersebut light atau lebih mudah muda warna nya. seperti kuning muda, pink muda, dan sebagainya.
  • Corak. Kalau anda pakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak ataupun corak yang tidak menonjol.Elakkan memakai corak berbunga-bunga yang besar. 
  • Jenis kain. Elakkan kain yang jarang dan ketat. Sekarang ni kan trend orang pakai baju kurung transparent. XP
  • Perfume? Tak perlu. Disamping haram dipakai oleh wanita Islam sekiranya dipakai dengan bukan mahram kerana menarik perhatian, perfume akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang nak menemuduga.Tapi, pakailah deodorant, nanti silap-silap tak dapat tawaran sebab badan berbau!
  • Makeup? Tak perlu tebal-tebal atau tak payah pakai terus kalau anda ada kulit muka yang berseri.Interview adalah untuk dapat kerja atau biasiswa bukan nak masuk program cari menantu.
  • Kasut. Pakai kasut yang menutup jari-jari kaki. Ketinggian kasut pula adalah sederhana dan warna hitam adalah yang paling sesuai.
                        Image result for pakaian formal perempuan

No comments:

Post a Comment